Kedah, TRW berentap di Alor Setar, Jumaat ini
Sang Kenari dan Kelantan FC akan beraksi pada perlawanan persahabatan di Stadium Darul Aman pada Jumaat ini.

ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bakal menghadapi ujian kedua apabila turun menentang Kelantan FC pada aksi pramusim di Stadium Darul Aman, Jumaat ini.

Perlawanan persahabatan ini adalah sebabahagian daripada usaha yang dilakukan ketua jurulatih, Nafuzi Zain dalam membentuk pasukan mantap sebelum sepak mula Liga Super ini.

Kelantan FC musim ini dikendalikan jurulatih kelahiran Korea Selatan, Choi Moon Sik.

Sebelum ini, skuad Kenari menewaskan Perlis United FC 4-0 dalam aksi persahabatan pertama di Stadium Universiti Utara Malaysia (UUM).

Bagi menghadapi saingan musim ini, Kedah sudah pun membawa masuk pemain import seperti Manuel Hidalgo, Amirbek Juraboev, Manuel Ott, Lee Tuck, Willian Lira dan Bojan Ciger.

“Persiapan kali ini menuju sasaran ujian kedua pada Jumaat ini menentang TRW Kelantan FC di Stadium Darul Aman dengan tiket perlawanan akan mula dijual mulai esok.

“Perlawanan pembukaan di Stadium Darul Aman bagi musim 2023 dengan 25,000 penyokong?, Sang Kenari boleh,” katanya.

KDA FC juga turut memaklumkan jualan tiket perlawanan pramusim berkenaan akan dimulakan besok (khamis) dibeberapa lokasi bagi memastikan penyokong dapat kembali memenuhi Stadium Darul Aman seperti yang pernah berlaku beberapa musim sebelum ini.

“Jualan tiket akan dimulakan besok di House of Sang Kenari, Kompleks Alor Setar, Kanchut, Peladang Mart Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) Kepala Batas, Peladang Mart Pendang dan Kompleks Sukan KHTP, Kulim manakala jualan tiket di Stadium Darul Aman pula akan mula dijual pada hari perlawanan iaitu Jumaat di kaunter B,E dan F.

“Harga tiket adalah RM10 untuk tempat duduk Teres dan Pavillion dan RM15 untuk Astaka Utama (Grandstand) manakala harga kanak-kanak adalah RM5,” katanya.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.