Destini dapat kontrak selenggara 10 set ETS KTMB
Set ETS dikendalikan KTMB

KUALA LUMPUR: M Rail Technics Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung milik 70 peratus Destini Bhd, menerima kontrak bernilai RM163.61 juta daripada Kementerian Pengangkutan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Destini berkata kontrak itu adalah untuk kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) Tahap 4 selama tiga tahun untuk 10 set perkhidmatan tren elektrik (ETS) yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).

“Sepanjang tempoh penyelenggaraan, ETS dikehendaki menjalani MRO Tahap 4 untuk memastikan keselamatan dan kebolehpercayaannya, termasuk penyelenggaraan berjadual, pembaikan dan penggantian alat ganti berdasarkan kepada program penyelenggaraan,” katanya.

Syarikat industri berat, pertahanan dan minyak dan gas itu juga berkata, kontrak baharu itu adalah tambahan kepada kontrak yang diterima M Rail pada Mei 2022 untuk MRO Tahap 4 bagi 35 set ETS yang dikendalikan KTMB bernilai RM531.39 juta.

“Destini kini giat mengembangkan dan mengukuhkan perniagaan rel dan optimis perniagaan terbabit mampu memberikan pulangan yang stabil pada masa hadapan,” katanya.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.