Lee Tuck kini warganegara Malaysia
Lee Tuck mengesahkan statusnya sebagai warganegara Malaysia di Instagramnya.

KUALA LUMPUR: Pemain tengah berpengalaman, Lee Tuck mengesahkan bahawa dia kini memiliki status warganegara Malaysia.

Pengesahan dibuat pemain berusia 34 tahun itu menerusi kenyataan di laman Instagram miliknya, hari ini.

Menerusi kenyataan itu, Tuck berterima kasih kepada pemilik Sri Pahang FC, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan pengurusan kelab itu kerana menyokongnya sepanjang proses mendapatkan status kewarganegaraan.

“Hari ini saya akhirnya dan secara rasmi boleh mengatakan saya adalah warga negara Malaysia. Saya benar-benar bersyukur mendapat kewarganegaraan Malaysia.

“Ia perjalanan yang sukar dengan membuat pengorbanan untuk sampai ke sini, tetapi ini peluang yang tidak dapat saya lepaskan,” tulisnya.

Sri Pahang sebelum ini dilaporkan berusaha untuk menjadikan Lee Tuck dan pemain kelahiran Argentina, Sergio Aguero sebagai pemain naturalisasi.

Tuck beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) sejak 2017 yang mana dia menyertai Negeri Sembilan sebelum berhijrah ke Terengganu pada 2018 dan bersama Sri Pahang pada musim lalu.

Bagaimanapun, status Aguero yang turut beraksi di Liga M sejak 2017 pula masih belum dapat dipastikan.

Untuk rekod, Malaysia sebelum ini sudah memiliki tiga pemain naturalisasi termasuk Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula yang pernah menyarung jersi Harimau Malaya.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.