LCS: BERSATU serah memorandum cadang penubuhan RCI

KUALA LUMPUR : BERSATU hari ini menghantar memorandum ke Istana Negara bagi memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, RCI dilihat jalan terbaik untuk membongkar skandal itu, kerana fungsi suruhanjaya sendiri yang boleh menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan berwibawa.

“Saya juga akan mencadangkan kepada menteri-menteri BERSATU supaya mencadangkan dan seterusnya menyokong penubuhan RCI ini dalam Kabinet.

“Kes LCS ini isu besar. Membabitkan satu projek mega yang sudah dibayar tapi kapalnya tidak kelihatan. Jangan biarkan isu ini disapu ke bawah karpet,” katanya di Fecebook hari ini.

Beliau berkata, berasa gembira kerana beberapa parti lain turut menyokong cadangan penubuhan RCI yang disuarakannya beberapa hari lalu.

Beliau juga berharap semua parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) meneruskan usaha sehingga RCI tertubuh, memandangkan ia adalah isu yang merentas kepentingan parti.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.