Penyerang Liverpool, Mohamed Salah (dua dari kiri) menjaringkan gol penyamaan pasukannya ketika menentang Fulham di Craven Cottage, London. 

LONDON: Liverpool memerlukan jaringan penyamaan Mohamed Salah ketika bangkit dua kali daripada ketinggalan sebelum seri 2-2 dalam aksi sulung musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Fulham di Craven Cottage, sebentar tadi.

Naib juara EPL musim lalu itu yang dikatakan akan menguasai liga musim ini ketinggalan pada minit ke-32 hasil jaringan Aleksandar Mitrovic.

Mitrovic membuka akaunnya bersama Fulham apabila mengatasi kawalan Trent Alexander-Arnold untuk menanduk masuk hantaran Neeskens Kebano dari sebelah kanan gawang.

Pemain tengah Liverpool, James Milner (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan Fulham, Kenny Tete semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris di Craven Cottage, London.

Skuad kendalian Jurgen Klopp bangkit pada pada babak kedua menerusi jaringan Darwin Nunez pada minit ke-64.

Bagaimanapun pada minit ke-69, pertahanan Liverpool Virgil Van Dijk menjatuhkan Mitrovic yang cuba memasuki kotak penalti Liverpool dan pengadil memberikan sepakan penalti selepas melihat semula Video Bantuan Pengadil (VAR).

Penyerang Fulham, Aleksandar Mitrovic (kiri) meraikan jaringan gol kedua menerusi sepakan penalti semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Fulham dan Liverpool di Craven Cottage, London.

Mitrovic sendiri mengambil sepakan berkenaan bagi memberikan kelebihan sekali lagi buat tuan rumah pada minit ke-72.

Liverpool yang tidak berputus asa terus mencari gol penyamaan dan Salah menyamakan kedudukan lapan minit selepas itu apabila bergandingan dengan Nunez dalam satu serangan pantas.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.