Budak lemas selepas terjatuh di tali air
Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas di tali air di Kampung Chengal Lempung, Kuantan, malam ini.

KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas selepas dikatakan terjatuh di tali air di Kampung Chengal Lempung, di sini, malam ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata mangsa, Che Wan Izz Aqil Haris Che Wan Hamizi, dari Taman Unity, di sini.

Katanya, sepasukan lima anggota termasuk seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng, di sini, bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan pada jam 7.19 malam ini.

“Setiba di tempat kejadian, kami dapati mangsa sudah ditemukan oleh orang awam dan disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, untuk tindakan lanjut.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.