Harimau Malaya, Bahrain terikat 0-0 separuh masa
KUALA LUMPUR: Malaysia terikat tanpa jaringan menentang Bahrain selepas 45 minit pertama pada aksi kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, sebentar tadi.
Permukaan padang yang becak menyaksikan Bahrain bergelut dan sebaliknya membolehkan Malaysia menguasai sebahagian besar babak pertama.
Beberapa peluang untuk mendapatkan gol berpihak kepada skuad Harimau Malaya namun belum cukup untuk menghukum Bahrain apabila dikecewakan penyudah kurang kemas selain dinafikan kecekapan Sayed Mohamed Abbas.
Antaranya menerusi Junior Eldstal pada minit ke-4 dan minit ke14 sebelum Sayed cemerlang menafikan percubaan satu lawan satu Akhyar Rashid pada minit ke-30.
Babak kedua akan bersambung sebentar lagi.
Sponsored by Egroup88