Tiga maut, kereta api tergelincir di Jerman
Sebuah kereta api tergelincir dari landasan, berhampiran bandar ski Alpine Garmisch-Partenkirchen di Bavaria, selatan Jerman.

BERLIN – Sebuah kereta api tergelincir dari landasan, berhampiran bandar ski Alpine Garmisch-Partenkirchen di Bavaria, selatan Jerman dan mengorbankan sekurang-kurangnya tiga penumpang, lapor Xinhua, memetik media tempatan NTV.

Beberapa penumpang lain turut cedera dalam nahas yang berlaku pada Jumaat itu.

Menurut jurucakap polis, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira 12.20 tengah hari waktu tempatan.

Punca kejadian masih disiasat.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.