‘Tunggu sidang media Ismail Sabri jam 1.30 tengah hari ini’

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dijangka membuat satu pengumuman penting pada sidang media khas tengah hari ini.

Berdasarkan poster yang dikongsikan oleh Pejabat Perdana Menteri, sidang media khas itu akan disiarkan secara langsung menerusi media massa.

Berita Harian (BH) juga membawa siaran langsung pengumuman itu menerusi sesawang dan akaun facebook BH, pada jam 1.30 tengah hari ini.

Bagaimanapun, tidak diketahui apakah pengumuman, namun ia dipercayai membabitkan isu berkepentingan rakyat yang masih bergelut pandemik COVID-19 ketika negara akan melangkah ke Fasa Peralihan ke Endemik bermula 1 April ini.

Ini adalah sidang media khas kedua oleh Perdana Menteri selepas pengumuman mengenai Fasa Peralihan Ke Endemik pada 8 Mac lalu.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.