Lewat bayar subsidi punca minyak masak kurang – KPDNHEP
KUALA LUMPUR: Peningkatan permintaan dan kelewatan bayaran balik tuntutan subsidi kepada syarikat pembungkusan minyak masak, antara punca kekurangan bekalan minyak masak peket jenis sekilogram di pasaran.
Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan, pelbagai usaha akan diteruskan, di samping kerjasama semua pihak untuk tidak menyalahgunakan bantuan subsidi, bagi memastikan minyak masak pek sekilogram mencukupi.
“Kementerian juga akan meneruskan usaha memastikan kekurangan bekalan ini dapat diatasi. Antaranya memastikan agihan minyak masak pek sekilogram itu mencukupi di setiap negeri mengikut nisbah penduduk, dan meneruskan Program Mekanisme Kawalan Harga Minyak Masak iaitu subsidi minyak masak dalam botol sehingga 31 Mac ini,” menurut jawapan bertulis kementerian itu di Dewan Rakyat di sini.
Kenyataan itu menjawab soalan Cha Kee Chin (PH-Rasah) mengenai punca kepada kekurangan minyak masak jenis paket sekilogram di pasaran dan tindakan yang berkesan untuk mengatasi masalah berkenaan.
Sponsored by Egroup88.