Czech turut boikot aksi lawan Russia
PRAGUE: Persatuan Bolasepak Czech mengesahkan pasukan kebangsaannya tidak akan menentang Russia yang mungkin bakal menjadi lawan mereka pada play-off Piala Dunia 2022 susulan pencerobohan ke atas Ukraine.
“Pasukan kebangsaa Czech tidak akan menentang Russia sekiranya dijadual bertemu mereka pada play-off Piala Dunia,” kata persatuan itu menerusi satu kenyataan.
Keputusan sama turut diambil Sweden dan Poland.
Czech dijadual bertemu Sweden pada pusingan pertama playoff di Stockholm pada 24 Mac ini manakala Russia sepatutnya menanti kunjungan Poland di Moscow pada hari sama.
Persekutuan Bolasepak Sweden dan Czech menerusi satu kenyataan pada Khamis lalu mendesak FIFA mengubah lokasi perlawanan itu dari Russia.
Sponsored by Egroup88