Perancis mula longgarkan sekatan COVID-29 di sekolah

PARIS: Perancis akan mula melonggarkan sekatan COVID-19 apabila sekolah dibuka semula selepas cuti Februari ini, kata Menteri Pendidikan, Jean-Michel Blanquer.

Katanya, berkata pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di kawasan luar sekolah dan peraturan keselamatan institusi pendidikan individu akan ditentukan di sekolah, bukannya pada peringkat kelas.

Tambah beliau, pelajar juga akan dibenarkan bersukan di ruang tertutup kecuali sukan bersentuhan.

“Di bawah peraturan yang dilonggarkan, pelajar yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kes positif COVID-19 hanya perlu mengambil satu ujian yang dikendalikan sendiri dan bukannya tiga ujian.

“Sistem ini akan menjadikan kehidupan ibu bapa dan guru lebih mudah,” katanya sambil menambah bahawa kesihatan di sekolah serata Perancis bertambah baik daripada yang dijangkakan.

Pelajar akan memulakan persekolahan 21 Februari ini di negara Zon A dan pada 28 Februari di Zon B.

Sekolah rendah akan beralih daripada protokol COVID Tahap 3 kepada Tahap 2 yang lebih santai.

Selain itu, peraturan yang dikemas kini juga tidak lagi memerlukan orang ramai memakai pelitup muka di dalam kawasan tertutup mulai 28 Februari ini.

Bagaimanapun, mandat pelitup muka kekal terpakai ketika menggunakan pengangkutan awam dan di kawasan tertutup di mana vaksin tidak wajib.

Terdahulu, kerajaan Perancis melonggarkan sekatan COVID-19 beransur-ansur sejak 2 Februari lalu manakala mulai 16 Februari, orang ramai akan dibenarkan makan dan minum di stadium, pawagam, bar serta semasa konsert.

Khamis lalu, Agensi Kesihatan Awam Perancis melaporkan 153,025 kes baharu COVID-19, penurunan berbanding minggu sebelumnya.

Setakat ini, 79 peratus penduduk negara itu sudah pun divaksin sepenuhnya.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.