PKR mungkin umum satu persatu calon

TANGKAK: PKR mempertimbang untuk mengumumkan satu persatu calonnya bagi memberi mereka lebih masa membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata PKR masih memuktamadkan senarai calon sebelum diumum dalam tempoh terdekat.

“Kami sedia menggunakan strategi sama seperti DAP iaitu mengumumkan calon satu demi satu, bermula dengan kerusi yang sudah disahkan.

“Ia bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan parti tetapi saya percaya ini antara jalan terbaik kerana akan memberi masa calon membuat persiapan awal,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri pengumuman calon keempat DAP bagi PRN Johor di sini, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong; Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Kawasan Ledang, Azahar Ismail dan Pengerusi DAP Ledang, We Chin Li.

Setakat ini, DAP sudah mengumumkan empat calon iaitu Ee Chin Li (Tangkak), Sheikh Umar Bagharib Ali (Paloh), Chew Chong Sin (Mengkibol) dan Gan Peck Cheng (Penggaram) akan mempertahankan kerusi masing-masing.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.