Diaz sah milik Liverpool

LONDON: Pemain sayap Colombia, Luis Diaz menandatangani kontrak bersama kelab Liga Perdana, Liverpool hari ini sekali gus mencetuskan persoalan mengenai masa depan bintang Mesir, Mohamed Salah.

Pemain Porto FC berusia 25 tahun itu menandatangani kontrak sehingga 2027 dengan bayaran perpindahan £37.5 (RM210 juta), berserta potensi bonus £12.5 (RM70 juta).

Ketika ini belum ada penyelesaian mengenai lanjutan kontrak Salah, yang ketika ini beraksi di Piala Negara-Negara Afrika.

“Kelab Liverpool FC sudah melengkapkan perpindahan Luis Diaz dari Porto FC, dan ia tertakluk kepada kelulusan permit kerja serta pelepasan antarabangsa,” menurut kenyataan Liverpool dalam laman webnya.

“Diaz menyertai Liverpool selepas dua tahun setengah bersama FC Porto, di mana dia membuat 125 penampilan dan menjaringkan 41 gol.”

Diaz menjadi sasaran utama pengurus Liverpool, Jurgen Klopp untuk jendela perpindahan musim panas, tetapi minat yang semakin meningkat terhadap pemain itu, terutamanya dari Tottenham Hotspur, memaksa The Reds bertindak lebih awal.

Dia kini dalam tugas antarabangsa bersama Colombia untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022.

Liverpool menghantar delegasi ke Argentina – tempat Colombia bermain Selasa lalu – untuk menjalankan pemeriksaan perubatan supaya perpindahan itu dapat diselesaikan sebelum jendela perpindahan Januari ditutup.

Salah dan rakan sepasukan Liverpool, Sadio Mane dan Roberto Firmino semuanya akan tamat kontrak pada musim panas 2023, di mana mereka semua akan berusia 31 tahun.

Sponsored by Egroup88

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.