Kakak ipar Perdana Menteri meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Kakak ipar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Siti Fatimah Ismail meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan di sini, sebentar tadi.
Perkara itu dikongsikan Ismail Sabri menerusi hantarannya di Twitter malam ini.
“Kakak ipar saya, Siti Fatimah binti Ismail baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Mizan, Kuala Lumpur sebentar tadi.
“Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,” katanya.