Lebih 37,000 kes COVID-19 di Sweden
STOCKHOLM: Sweden mencatatkan rekod harian baharu kes COVID-19 37,886 kes semalam, menurut data agensi kesihatan negara itu.
Angka harian jangkitan yang tinggi meletakkan negara itu dalam gelombang keempat.
Jangkitan harian biasanya disemak sedikit kerana sebarang rekod tertunda kes tambahan, ditambah kepada jumlah nasional untuk hari berikutnya.
Rekod tertinggi mencatatkan sebanyak 26,566 kes pada 12 Januari lalu. Rekod itu diterima walaupun kapasiti ujian nasional terhad.
Kronoberg, satu daripada 25 wilayah penjagaan kesihatan Sweden, berkata, semua ujian akan dihentikan kecuali untuk pesakit dan kakitangan hospital dan pusat penjagaan warga emas.
Sweden, dengan 10.4 juta penduduk, merekodkan 67 kematian baharu sejak Selasa lalu.
Kerajaan Sweden mengumumkan sekatan baharu bulan ini kerana varian Omicron yang lebih cepat merebak dan memberi tekanan kepada penjagaan kesihatan negara itu.