Bursa Malaysia umum Serba Dinamik syarikat PN17
KUALA LUMPUR: Serba Dinamik Holdings Bhd mencetuskan kriteria menurut Nota Amalan No 17 (PN17) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Securities.
Dalam kenyataan hari ini, bursa itu berkata ia akan terus memantau perkembangan syarikat itu berhubung pematuhannya terhadap Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.
Setakat hari ini, terdapat sejumlah 24 syarikat di bawah PN17 dan GN3 yang mewakili 2.65 peratus daripada 905 syarikat yang disenaraikan di Pasaran Utama dan ACE Bursa Securities.