Rodri buat Arsenal gigit jari

LONDON: Manchester City terus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas melakar kemenangan 2-1 ke atas Arsenal pada aksi di Stadium Emirates, sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan City ketika ini selesa menerajui takhta liga dengan mengumpul 53 mata, 11 mata meninggalkan penghuni tempat kedua, Chelsea.

Arsenal pula kekal di tangga keempat liga dengan 35 mata.

Dalam aksi itu, skuad The Gunners terlebih dahulu berjaya mendahului perlawanan selepas bintang muda England, Bukayo Saka membuka tirai jaringan pada minit ke-31.

Pemain Manchester City, Gabriel Jesus (kiri) berebut bola dengan pemain pertahanan Arsenal, Takehiro Tomiyasu. - Foto AFP
Pemain Manchester City, Gabriel Jesus (kiri) berebut bola dengan pemain pertahanan Arsenal, Takehiro Tomiyasu.
Penyerang Arsenal, Gabriel Martinelli (kiri) mengelak daripada bertembung dengan penjaga gol Manchester City, Ederson. - Foto AFP
Penyerang Arsenal, Gabriel Martinelli (kiri) mengelak daripada bertembung dengan penjaga gol Manchester City, Ederson.
Aksi penjaga gol Manchester City, Ederson ketika perlawanan. - Foto AFP
Aksi penjaga gol Manchester City, Ederson ketika perlawanan.
Riyad Mahrez menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-57. - Foto Reuters
Riyad Mahrez menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-57.

Bagaimanapun, City tampil lebih agresif sebaik babak kedua bersambung dan hasilnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti yang disudahkan penyerang Algeria, Riyad Mahrez pada minit ke-57.

Arsenal terpaksa menghabiskan baki 30 minit permainan dengan 10 pemain selepas tonggak pertahanan, Gabriel dibuang padang susulan menerima kad kuning kedua selepas mengasari pemain sayap City, Gabriel Jesus minit ke-59.

Situasi berkenaan nyata memberi kelebihan buat City yang berjaya meledak gol kemenangan menerusi jaringan Rodri pada masa kecederaan.

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.