‘Pikul bot selamatkan 3 beranak terperangkap banjir’

TANAH MERAH: Empat anggota bomba dan dua polis terpaksa meredah tiga sungai dan mendaki tiga bukit sejauh lima kilometer bagi menyelamatkan tiga beranak yang terperangkap di hutan simpan Sokortaku di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah, Penolong Penguasa Bomba Mohd Rafain Mat Zin, berkata empat anggota bersama dua anggota polis pada mulanya menaiki bot penyelamat jenis fiber menyeberangi sungai pertama sebelum memikulnya sebaik tiba di kaki bukit.

Bomba menerima panggilan mangsa berusia 68 tahun jam 2.27 petang yang memaklumkan dia dan dua anak berusia sembilan dan 12 tahun terperangkap di hutan simpan yang juga lokasi mencari emas.

“Mangsa dan dua anaknya ke sana menaiki kenderaan dengan pacuan empat roda tetapi tidak dapat keluar daripada lokasi apabila air sungai mula melimpah selepas hujan,” katanya dihubungi hari ini.

Usaha menyelamat semua mangsa yang berlindung di sebuah pondok mengambil masa hampir tiga jam sebelum tamat pada 7.17 malam.

Empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah serta dua polis terpaksa memikul bot dan mendaki bukit untuk menyelamatkan seorang lelaki berusia 68 tahun bersama dua anaknya yang terperangkap di hutan simpan Sokortaku, Tanah Merah. - Foto Bomba

Empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah serta dua polis terpaksa memikul bot dan mendaki bukit untuk menyelamatkan seorang lelaki berusia 68 tahun bersama dua anaknya yang terperangkap di hutan simpan Sokortaku, Tanah Merah.

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.