Keluar undi awal esok, cuaca diramal hujan waktu petang

KUCHING: Pengundi Pilihan Raya Negeri Sarawak dinasihatkan mengundi awal esok kerana cuaca diramalkan cerah di seluruh negeri pada sebelah pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan, ribut petir dijangka pada waktu petang di beberapa bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Serian, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Kapit dan Bintulu pula diramalkan hujan pada sebelah petang manakala Miri dan Limbang dijangka cerah.

Suhu di sepanjang hari berkenaan pula diramal antara 24 hingga 34 darjah Celsius.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12, seramai 349 calon bertanding merebut 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan Gabungan Parti Sarawak (GPS), PKR, DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan PAS.

Selain itu, parti tempatan yang turut bertanding antaranya adalah Parti Sarawak Bersatu (PSB), Parti Bumi Kenyalang (PBK), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI), Parti Sedar Sarawak (SEDAR) serta Bebas.

Seramai 1,213,769 pengundi biasa layak mengundi esok manakala seramai 18,141 pengundi awal sudah melaksanakan tanggungjawab mereka pada Selasa lalu.

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.