Pengundi diminta patuhi SOP, keluar awal

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah bersiap sedia untuk proses pengundian Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12 Sarawak), esok membabitkan 1,213,769 pengundi.

Setiausaha Persekutuan Sarawak, Datuk Amir Omar, berkata semua persediaan berjalan lancar dengan aset dan logistik, terutama di kawasan pedalaman sudah digerakkan.

“Persediaan berjalan lancar dan semangat petugas amat baik dan kita harap pengundian esok berjalan lancar.

“Dari segi persediaan hampir selesai, cuma petugas SPR masih memperkemaskan dari segi prosedur operasi standard (SOP) serta proses kerana ini adalah kali pertama PRN diadakan dalam situasi pandemik,” katanya.

Sementara itu, Nor Nekman berkata, persiapan proses pengundian bagi kerusi berkenaan berjalan lancar.

“Pusat pengundian dibuka seawal jam 7.30 pagi dan ditutup pada jam 5 petang, namun ada sesetengah tempat ditutup pada jam 2 petang kerana terletak jauh di pedalaman serta memiliki jumlah pengundi kurang daripada 250 orang.

“Justeru, saya menasihatkan orang ramai supaya keluar mengundi awal, patuh kepada SOP COVID-19 dan elakkan keluar pada saat akhir,” katanya.

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.